Subscribe Twitter FaceBook

'Like' SBM Pahang

Sekapur Sirih

dilulus terbit oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Aksessibiliti SBM Pahang

Assalamualaikum, salam mesra OKU dan salam 1 Malaysia

Alhamdulillah,lafaz syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan rahmatNya, Blog SBM Pahang dapat dilancarkan hari ini.

Adalah menjadi suatu kebanggaan kepada seluruh ahli-ahli SBM Pahang khususnya dan warga SBM amnya kerana SBM pahang bergerak setapak lagi dalam dunia teknologi maklumat. Lebih membanggakan, blog ini dihasilkan sendiri oleh mereka yang cacat penglihatan sepenuhnya.

Menjadi harapan besar Jawatankuasa SBM Pahang 2011 untuk mendekati masyarakat melalui dunia tanpa sempadan. Semoga dengan kewujudan blog SBM Pahang dapat memeri lebih banyak input kepada masyarakat di luar sana mengenai orang kelainan upaya penglihatan terutama di negeri Pahang.

Blog ini secara umumnya bergerak untuk melaporkan aktiviti semasa mahupun perancangan-perancangan yang bakal dijalankan untuk membangunkan masyarakat orang kelainan upaya penglihatan SBM Pahang.

Memberi kesedaran lebih menyeluruh kepada masyarakat umum mengenai aktiviti berpersatuan orang kelainan upaya penglihatan di negeri Pahang di samping merayu dermawan-dermawan yang bermurah hati untuk mengisi dana untuk menggerakkan SBM Pahang.

Blog SBM Pahang boleh di akses melalui alamat sesawang berikut:

http://www.sbmpahang.blogspot.com/

SBM Pahang juga telah mewujudkan akaun facebook untuk berkomunikasi dengan masyarakat luar. Anda boleh menjadi rakan SBM Pahang melalui sesawang berikut:

http://www.facebook.com/sbmpahang

Berikan sokongan moral anda melalui "like" fan page SBM Pahang melalui sesawang berikut:

SBM Pahang on facebook

Jika terdapat sebarang pertanyaan, cadangan atau ingin menghulurkan sumbangan boleh hantarkan email kepada

sbmphg@gmail.com

ATAU boleh menelefon pejabat SBM Pahang di talian: 092964197

Semoga dengan kewujudan blog ini dapat memberi lebih banyak maklumat kepada semua.


  • guna akaun facebook anda dalam memberi ulasan

Arkib blog

Kata kunci

 

back to top