Subscribe Twitter FaceBook

'Like' SBM Pahang

Isnin, 25 Julai 2011

Program masakan bersama ahli wanita SBM Pahang Tahun 2011

detik : 11:19 PG

dilulus terbit oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Aksessibiliti SBM Pahang

Susah juga jika hendak dibayangkan bagaimana orang kelainan upaya penglihatan menyediakan masakan.

Namun tiada yang mustahil melainkan jika kita fikirkan ianya sebagai mustahil. Dengan kemahiran-kemahiran tertentu, orang kelainan upaya penglihatan juga boleh berdikari seperti insan normal. Yang penting adalah keinginan ...


(gambar peserta sedang potong timun)

selanjutnya klik sini

Bertempat di SBM Pahang, pada tanggal 23 Julai 2011 telah diadakan program masakan untuk ahli-ahli wanita SBM Pahang.

Program masakan itu telah menarik minat 20 orang peserta terutama dari kaum hawa.


(gambar menunjukkan para peserta sedang mendengar taklimat dari tenaga pengajar)

Pada program itu dua menu makanan menjadi cabaran kepada para peserta yang mendapat tunjuk ajar dan bimbingan Puan Aminah Rohana dari SK Sri Tualang, Temerloh Pahang.

  • puding agar-agar susu
  • sandwich roti telor



(gambar menunjukkan peserta sedang membancuh tepung)


(para peserta sedang menyediakan sandwich)


Objektif utama program ini dijalankan adalah untuk berkongsi ilmu pengetahuan dalam menyediakan makanan. Kemahiran - kemahiran yang perlu bagi seseorang yang buta dalam menyediakan masakan.

Program ini telah bermula jam 10 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.

Adala menjadi harapan besar pihak SBM Pahang agar ada pihak yang sudi menyumbang kepada tabung SBM Pahang supaya aktiviti sebegini dapat diteruskan pada masa-masa hadapan.

Sila hubungi ibu pejabat SBM Pahang di talian 09-2964197 atau email sebarang pertanyaan kepada sbmphg@gmail.com



  • guna akaun facebook anda dalam memberi ulasan


Kata Kunci : ,

0 kata semangat:

Catat Ulasan

Arkib blog

Kata kunci

 

back to top