Subscribe Twitter FaceBook

'Like' SBM Pahang

Terdapat ralat dalam alat ini

Ahad, 10 Julai 2011

Kursus latihan pengucapan awam 2011

detik : 1:50 PTG

dilulus terbit oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Aksessibiliti SBM Pahang

  • Tarikh: 9 Julai 2011
  • Masa: 10.00 pagi - 1.30 petang
  • Peserta: 18 orang

Pada 9 Julai 2011 ketika peristiwa perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur, nun di pejabat SBM Pahang, seramai 18 peserta orang kelainan upaya penglihatan telah menghadiri kursus latihan pengucapan awam 2011 anjuran SBM Pahang.

Antara lain objektif kursus ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta mengenai kemahiran - kemahiran dalam membuat pengucapan awam.

selanjutnya klik sini
Penceramah jemputan pada program tersebut adalah Puan Salmiah bt Zuki, pegawai Fasilinus dariPejabat Pelajaran Daerah Temerloh Pahang.

Beliau juga ditemani oleh seorang guru dari SK Tualang Temerloh, Puan Aminah Rohana bt Abdul Aziz.

Program telah dimulakan dengan sesi taklimat dan kemudian para peserta diberi peluang untuk membuat latihan pengucapan awam di kalangan peserta.

Penceramah kemudiaanya memberi tunjuk ajar dan ulasan mengenaiucapan para peserta.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah dan diikuti jamuan ringan kepada semua. Majlis bersurai kira-kira jam 1.30 petang.

  • guna akaun facebook anda dalam memberi ulasan

Kata Kunci :

0 kata semangat:

Catat Ulasan

Arkib blog

Kata kunci

 

back to top